Wednesday 29 May 2013

Tempahan Kad Kahwin Custom Made serendah RM0.27 sekeping






Kami menyediakan khidmat percetakan dan perkhidmatan membekalkan kad kahwin seluruh Malaysia. Inginkan Rekaan Kad kahwin yang ekslusif, unik dan menjimatkan. Di sini kami mampu merealisasikan IMPIAN anda bagi mendapatkan rekaan terbaik dan berkualiti tinggi. Kami sentiasa menjanjikan kepuasan dalam rekaan dan perkhidmatan.

Sunday 19 May 2013

Bigbanner menjadi pilihan peniaga kecil-kecilan

Bagi peniaga kecil-kecilan, mereka juga mahu menghiasi restoran atau gerai mereka dengan banner yang cantik sepertimana yang dilakukan oleh restoran-restoran besar. Namun begitu, kos penghasilan banner amatlah tinggi. Di bigbanner, kami menawarkan perkhidmatan percetakan banner serendah RM1.80 sekaki. Dengan harga tersebut, kami pasti kesemua peniaga tidak kira kecil-kecilan mahupun restoran besar mampu untuk mendapatkannya.

Tuesday 7 May 2013

Tempahan banner sempena PRU13

Ketika demam PRU13 yang lepas. Kami mendapat kepercayaan untuk menguruskan pelbagai projek dari pelbagai parti politik dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah projek-projek tersebut berjaya disiapkan dan para pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Ini membuktikan bahawa kami juga mampu menandingi syarikat-syarikat yang lebih besar dalam industri printing. Berikut adalah antara billboard/banner bersaiz besar yang diuruskan oleh kami

banner politikbanner PKR

Friday 3 May 2013

Business card bukan sekadar untuk perniagaan sahaja


Mungkin ramai yang berpendapat bahawa business card hanyalah untuk mereka yang mempunyai perniagaan sahaja. Sebenarnya business card boleh juga diconvert sebagai kad lain seperti personal card, invitation card, warranty card, kad raya dan sebagainya. Dengan hanya RM70, anda mampu memperolehi 1000 keping kad dan setiap sekeping jatuh pada harga RM0.07 sahaja. Cukup murah serta menjimatkan.

Selain itu, ianya juga boleh diconvert sebagai flyers bersaiz kecil. Pocket size flyers lebih mudah untuk disimpan malahan keberangkalian peratusan keberkesanannya agak tinggi berbanding flyers bersaiz besar. Kebiasaannya flyers bersaiz besar yang diedar dikawasan tumpuan ramai hanya mampu bertahan kurang dari 30 minit sebelum dibuang. Ini kerana, flyers tersebut mungkin mengganggu penerima untuk membeli-belah dan memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.